
Akan tiba satu saat bila hati terasa lesu menabur sayang. Terasa
hilang seluruh tenaga untuk membenih kasih. Lalu apa yang perlu aku
lakukan?
Penat menyayangi mereka yang langsung tidak dapat melihat pengorbanan kasih yang selalu aku berikan!
Mengapa mereka terlalu buta?
Setiap yang datang pasti akan pergi juga. Imbas dirimu, lihatlah di
mana pernah ada sayang yang diberikan kepadamu. Pernah ada kasih yang
menenangkan hatimu.
Mungkin hari ini insan yang memberi sayang itu sudah tiada lagi. Dan dewasa inilah masanya untuk kau mencurahkan kasih sayangmu.
Usahlah terlalu kikir engkau terhadap rasa kasih dan sayangmu. Kerana
rasa kasih dan sayang itu tidak akan pernah habis selagi diizinkan
Allah.
Maka, ambil masa mu sedikit untuk mencurahkan sayangmu kepada mereka yang selayaknya.
Hubungilah dan ucapkan rasa rindumu kepada ibu ayah , ucapkanlah sayangmu kepada teman sehidup dan sematimu, genggamlah tangan mereka yang selalu ikhlas ada di sisi kita.
Tunduklah dan sujudlah kepada Dia yang tidak pernah lelah memberi segala-galanya yang kita perlukan.
Zahirkan sayangmu. Justeru engkau akan dilihat begitu mahal hanya kerana rendahnya hatimu yang sentiasa menyayangi.
“Ya Rahman, Ya Rahim..Engkau isikanlah hati ini
dengan rasa kasih dan sayang dan bantulah aku dalam memilih tepat
tangguk hati yang benar-benar untuk aku curahkan rasa kasih ini. Ajari
aku ikhlas dalam setiap curahan pengorbanan kasih dan sayang ini.”
Biarkan kita berasa sedih dalam diam,, biarkan orang memandang hina kepada kita,, biarkan orang mengata kita,, jadilah seperti buah kurma yang berwarna gelap di luar malah berasa manis di dalam..
credit:seorng penuntut dan pendidik
No comments:
Post a Comment